SKKKB catat sejarah - 16 murid dapat 5A UPSR 2010

SISA PARAGRAF SELANJUTNYA




Keputusan UPSR 2010 yang telah diumumkan pada 11 November telah mencatat sejarah sekolah apabila seramai 16 orang murid telah mendapat 5A..selain itu seramai 6 orang murid pula telah mendapat 4A 1B.Ini adalah keputusan terbaik yang pernah

dicapai sejak penubuhan sekolah ini pada tahun 2002.


Pada tahun 2007 seramai 11 orang murid mendapat 5A.Keputusan terbaik tahun ini meletakkan SKKKB di tangga kedua terbaik di daerah Kerian .Selain itu SKKKB juga berada di tangga kedua terbaik kualiti Daerah Kerian.Untuk makluman calon murid yang mengambil peperiksaan UPSR 2010 ini adalah seramai 47 orang..

Tahniah diucapkan kepada semua guru, semua pelajar dan ibu bapa murid SKKKB yang sama-sama bertungkus-lumus untuk kejayaan ini.

Read more...

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SKKKB-2010

SISA PARAGRAF SELANJUTNYA



Pada hari Khamis pukul 2.00 petang telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Kuala Kurau(Baru).Tn Hj Rosli, Timbalan PPD Kerian telah menyempurnakan

ucapan dan perasmian majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Alquran diikuti ucapan dan penyampaian hadiah .Majlis diselitkan dengan persembahan pelajar.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya dan kepada murid yang tidak berjaya janganlah berputus asa.Anda semua masih berpeluang lagi.

Read more...

READ 2010

SISA PARAGRAF SELANJUTNYA


Baru-baru iniSK Kuala Kurau (Baru) telah terpilih bersama 1000 buah sekolah di seluruh Malaysia bagi mencipta rekod di dlm Malaysia Book Record .Program READ 2010 ini

dijalankan pada 8 November 2010 tepat pukul 9.30 pagi.

Murid-murid dari 1000 buah sekolah yang terlibat akan menjalankan program bacaan selama 2010 saat (33.5 minit).Program ini diadakan di kantin sekolah SKKKB melibatkan semua murid Tahap 2.Pihak PKG telah telah membuat rakaman video untuk program ini.

Murid-murid yang terlibat dianugerahkan sijil penyertaan selain bookmark dan sticker oleh pihak Scholastic iaitu penaja program ini.Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat menjayakan program READ 2010 ini.

Read more...

Bonus: Penjelasan PM

SISA PARAGRAF SELANJUTNYA
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar sebanyak RM3.1 bilion.

Beliau berkata, pembayaran sebanyak

itu jika dilaksanakan akan menyebabkan perbelanjaan negara melebihi pendapatan.

‘‘Saya tahu banyak yang lobi saya supaya mengisytihar bonus satu bulan, tetapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan bahawa bonus satu bulan ini menelan belanja sebanyak RM3.1 bilion.

‘‘Kalau ikut hati memang saya hendak bagi bonus, tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia Bersama Perdana Menteri yang dihadiri 14,000 guru dari seluruh negara di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semalam, Najib mengumumkan penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi meringan beban dan menampung perbelanjaan persiapan sekolah untuk anak-anak.

Bantuan kewangan itu yang dibayar pada Disember ini akan diberikan kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pemberian RM500 itu adalah langkah sehabis baik yang boleh beliau lakukan bagi meringankan beban penjawat awam.

‘‘Sekurang-kurangnya akhir tahun kita bagilah sedikit sumbangan hendak beli baju, kasut serta beg sekolah dan ini sangat-sangat berguna sekali.

‘‘Kerajaan juga bermurah hati untuk panjangkan sumbangan ini kepada pesara kerajaan walaupun barangkali mereka tidak ada anak-anak lagi (yang bersekolah),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, beliau sedang meneliti beberapa memorandum yang disampaikan oleh wakil guru yang mencadangkan supaya dilakukan penambahbaikan kepada skim perguruan.

‘‘Saya pohon masa sedikit untuk meneliti implikasi kewangannya sebab guru ini bilangannya 400,000 orang. Kalau kita darab apa-apa pun dengan bilangan ini, ia akan menjadi jumlah yang amat besar sekali.

‘‘Sebab itulah saya perlu meneliti bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan. Sekiranya kerajaan mampu, Tan Sri Muhyiddin boleh buat pengumuman bila sampai masanya,” jelasnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-53 PERINGKAT SKKK(B)




Sambutan kemerdekaan ke-53 SK Kuala Kurau (B) telah diadakan pada 20 ogos 2010 di Dewan Teratai.Majlis bermula pada pukul 7.50 pagi.Acara dimulakan dengan ucapan

Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn Sariah bt Awang.Seterusnya deklamasi sajak dan nyanyian lagu-lagu patriotik.Majlis berakhir pada pukul 9.00 pagi.

Read more...

SELAMAT BERSARA USTAZ DURANI..!!!




Selamat bersara diucapkan kepada Ustaz Durani kerana telah mengajar murid-murid SK Kuala Kurau (Baru).Terima kasih Ustaz atas jasa yang telah ditabur di SKKB selama

berada di sini.Semua murid di SKKB takkan melupakan jasa baik ustaz.Semua guru dan murid SKKB sentiasa mendoakan agar ustaz sentiasa diberkati dan dirahmati dalam menjalani kehidupan seharian walau setelah tidak lagi tidak mengajar.Terima kasih Ustaz Durani dan SELAMAT BERSARA...!!!!

Read more...

Rekod membaca tanpa henti SK Taman Sea


PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman SEA Seksyen 2, Petaling Jaya akan mengadakan Program Bacathon yang akan direkodkan dalam Malaysia Book Of Records bermula 15 hingga 24 Julai ini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Wong Kok Beng berkata, program ini dijalankan selama sembilan hari bagi memecahkan rekod membaca tanpa henti yang dijalankan selama 24 jam sehari.

"Setiap pelajar akan mengambil masa membaca selama sepuluh minit seorang secara bergilir-gilir dengan menggunakan bahan bacaan dalam bahasa Melayu sahaja," katanya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Penaung Program Bacathon itu ialah Datuk Saifuddin Abdullah. Seramai 72 orang murid yang terlibat di samping 42 orang guru yang bertugas untuk menjayakan program itu.

Program tersebut diadakan untuk mengumpul dana PIBG bagi membaikpulih infrastruktur sekolah sekali gus menaiktaraf keperluan yang sekolah tersebut dengan sasaran kutipan dana sebanyak RM50,000.

"Kami berharap agar badan-badan korporat sedia memberi sumbangan atau dana untuk membantu PIBG dalam menjayakan objektif program ini," ujar Kok Beng.

"Setakat ini badan korporat yang telah melibatkan diri untuk memberi bantuan ialah Bank Rakyat dan Bank Islam," kata beliau.

Bagaimanapun, program itu bertujuan untuk memupuk minat pelajar dengan lebih banyak membaca sekali gus mengeratkan silaturahim di kalangan guru, murid dan ibu bapa.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti gerai jualan, pameran daripada agensi kerajaan dan kempen derma darah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke program tersebut.

"Kami berharap ibu bapa dan para pengunjung dapat hadir untuk menjayakan program ini serta memberi galakkan kepada pelajar untuk terus membaca," ujarnya.

Sumber : Harian Kosmo

Read more...

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah.


Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

Sumber : Jakim

Read more...

Pelajar UPSI belum tentu jadi guru?


JIKA anda bercita-cita menjadi guru dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini.

Masyarakat masih beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru.

UPSI meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.

Tindakan peminggiran ini jelas apabila pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus-kursus Sains dan Matematik untuk bakal-bakal graduan guru sekolah dikeluarkan dari Fakulti Sains dan Teknologi serta dilonggokkan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.

Alasannya, pensyarah-pensyarah ini fokus kepada subjek Sains dan Matematik yang akan diajar di sekolah-sekolah dan seharusnya dipindahkan ke fakulti berkenaan. Saki baki Fakulti Sains dan Teknologi yang tertinggal diberi penjenamaan semula dengan nama Fakulti Sains dan Matematik.

Jika berasaskan kepada sebab yang diberikan, ini bermakna Fakulti Sains dan Matematik hanya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru sahaja. Jika UPSI membuat pengkelasan berdasarkan kriteria sebegini, kesannya nanti, hanya tinggal Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia sahaja yang mendidik graduan bakal guru manakala lapan fakulti lain yang selebihnya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka.

Layakkah UPSI terus memegang gelaran universiti pendidikan jika nanti hanya satu daripada sembilan fakultinya yang fokus kepada pendidikan guru? Apa akan jadi dengan tujuh fakulti lama yang tinggal dan satu fakulti baru yang telah ditubuhkan? Semuanya untuk pasaran terbuka bukan guru?

Sebenarnya, penstrukturan semula fakulti lebih kepada gimik pihak pengurusan untuk mengaburi mata masyarakat yang kononnya telah berlaku perubahan besar di UPSI. Kenyataannya, perubahan hanya kepada kedudukan bilik-bilik pensyarah akibat dipindahkan ke ‘fakulti longgok’. Mereka masih mengajar mata pelajaran yang sama kepada pelajar. Tidak ada apa-apa nilai tambah yang diperoleh daripada penstrukturan ini, selain menyusahkan pihak-pihak yang terlibat. Inilah penjenamaan semula dan penstrukturan semula fakulti yang UPSI banggakan sekarang.

UPSI kini berhasrat untuk menggadaikan warisan tradisinya mendidik guru. Sedangkan universiti-universiti lain berusaha untuk menawarkan lebih banyak kursus pendidikan tetapi UPSI sendiri mula meminggirkan bidang pendidikan guru yang menjadi darah daging UPSI sejak zaman SITC tahun 1922 lagi.

Inilah salah satu contoh masalah yang berlaku.

Barangkali UPSI berpendapat, hak untuk menawarkan sebarang kursus adalah hak UPSI. Masalah untuk menempatkan graduannya di sekolah-sekolah adalah masalah Kementerian Pelajaran. UPSI tidak perlu fikir itu semua sebab yang paling penting, UPSI boleh nampak gah menawarkan kursus-kursus yang tidak ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru atau mana-mana IPTA lain. Masalah penempatan guru untuk graduannya, biarlah kementerian berkenaan yang selesaikan.

Nyata sekali, UPSI tidak pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya. Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.

Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-sekolah.

Untuk mengubat hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih boleh menjadi pensyarah di politeknik.

Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.

Kepada anda yang benar-benar bercita-cita menjadi guru, anda berhak membuat pilihan yang lebih tepat. Ketika ini, pilihan terbaik anda adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana selain mendapat bantuan elaun semasa belajar, peluang untuk ditempatkan di sekolah-sekolah juga jauh terjamin berbanding graduan UPSI. Setidak-tidaknya, anda tidak akan menganggur untuk satu tempoh yang lama sambil menanggung beban dengan hutang PTPTN. Semak semula surat tawaran anda jika ditawarkan ke UPSI dan fahamilah erti sebenar ‘kursus terbuka’ jika tertulis di dalamnya. Pilihan sebenar di tangan anda.

Sumber : Forum Utusan Malaysia

Read more...

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH GANTI UPSR DAN PMR


Kementerian Pelajaran bercadang memperkenalkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) bagi menggantikan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dimansuhkan selepas ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian mahu menyeragamkan pelaksanaan SBA menerusi lembaga peperiksaan yang akan menentukan bentuk soalan yang bakal disediakan guru untuk peperiksaan serta membolehkan sekolah membuat penilaian terhadap pencapaian pelajarnya.

Beliau berkata, hasil keputusan SBA membolehkan guru dan ibu bapa mengetahui tahap pencapaian pelajar, sekali gus menolak andaian pemansuhan UPSR dan PMR akan menghapuskan sistem penilaian pelajar dan hanya dilakukan ketika mereka di tingkatan lima.

Katanya, cadangan memansuh dua peperiksaan itu juga bukan perkara baru, sebaliknya sudah dikaji kementerian sejak 2007 oleh pasukan yang meneliti isu sistem pendidikan negara ini yang lebih berorientasikan peperiksaan kerana wujud tiga peperiksaan awam, berbanding hanya satu peperiksaan di kebanyakan negara.

“Kita bukan nak hapuskan sistem tanpa ada penilaian, tetapi mungkin perkenalkan SBA. Ini belum kita maklumkan tetapi sudah diteliti serta dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana SBA sudah diamalkan di banyak negara dan tidak menjejaskan pembelajaran, pengajaran guru dan pembelajaran murid.

“Saya tidak fikir kita memerlukan jawatankuasa khas yang dipilih untuk membincangkan isu pemansuhan UPSR dan PMR kerana ini tanggungjawab peringkat kementerian,” katanya.
dan bukan urusan Parlimen. Namun, saya sedia menerima pelbagai pandangan dan cadangan," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Kesepukuh (RMK-10), di Dewan Rakyat semalam.

Muhyiddin berkata, beliau bersetuju peperiksaan penting tetapi pemansuhan UPSR dan PMR dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus, penggunaan sumber manusia dan mengurangkan beban tugas guru untuk mengendalikan peperiksaan.

Beliau berkata, guru memberi banyak tumpuan untuk mencapai gred A cemerlang dan urusan sekolah juga banyak menjurus ke arah itu, menyebabkan tanggungan kerja bertambah yang turut membebankan pelajar.

"Disebabkan pencapaian diukur menerusi peperiksaan, ibu bapa yang prihatin terpaksa menghantar anak ke kelas tuisyen walaupun sekolah menyediakan sistem pembelajaran yang agak baik. Kesannya, kos untuk tuisyen berbilion ringgit setiap tahun dan memberi keuntungan kepada pihak tertentu," katanya.

Muhyiddin berkata, pengurangan peperiksaan juga memberi peluang guru dan murid memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran insaniah, inovasi dan kreativiti.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian pada peringkat akhir kajian melaksanakan program permulaan sesi persekolahan formal daripada 6+ tahun kepada seawal 5+ tahun dalam usaha memastikan sistem pendidikan di negara ini seiring Plan Transformasi Negara (GTP) untuk mencapai modal insan bertaraf dunia.

Katanya, kajian terperinci mendapati 95 peratus kanak-kanak sudah menguasai kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) dan mempunyai kemahiran bersosial dengan rakan sebaya seawal umur lima tahun melalui pendidikan prasekolah.

"Kementerian juga mahu melahirkan modal insan berkemahiran dan kebolehpasaran bermula di peringkat persekolahan dengan merombak sistem pendidikan Teknik, Vokasional dan Kemahiran (pendidikan Voctech) supaya menjadi pendidikan arus perdana.

"Ini membabitkan penambahbaikan kurikulum pendidikan Voctech sedia ada melalui pengukuhan pendidikan daripada berasaskan pengetahuan kepada kemahiran supaya mencapai standard bagi memenuhi keperluan pekerjaan dan pasaran semasa,” katanya.

Read more...

Kurikulum baharu tahun depan

DALAM tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, (RMK-10) kurikulum baharu untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah tahun depan diikuti dengan kurikulum baharu untuk sekolah menengah.

Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka.

Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran.

Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan Sukan sebagai subjek mata pelajaran mulai tahun depan.

Sehubungan, peruntukan untuk geran sukan bagi setiap pelajar akan dinaikkan dari RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah dan RM4 kepada RM6 untuk sekolah menengah.

Di bawah RMK-10, kerajaan akan melaksana pelbagai kaedah perkongsian awam-swasta seperti dalam pengurusan sekolah dan pembiayaan yuran sekolah.

Kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah dan membolehkan mereka mendapat geran pembinaan di kawasan kurang membangun di luar bandar.

Sektor swasta dijangka membina 488 prasekolah tahun ini, 1,000 tahun depan dan 1,145 tahun 2012.

Skim pembiayaan bersama bagi meningkatkan permintaan terhadap pendidikan prasekolah juga akan dilaksana bagi membantu golongan berpendapatan rendah.

Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk pendidikan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.

Dalam tempoh rancangan, umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini selaras dengan amalan negara maju.

Sementara itu perkongsian awam-swasta dalam pendidikan asas memberi autonomi kepada pengendali sekolah sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar seperti yang dipersetujui dalam kontrak rasmi.

Model serupa telah diguna pakai di sekolah persendirian Cina di Malaysia seperti yang diguna pakai oleh Charter School di Amerika Syarikat, Independent School di Sweden serta specialist school dan academy school di United Kingdom.

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

HARI MENANDATANGANI HELAIAN PELAPAORAN



Majlis ini telah diadakan pada 27 Mei 2010 pada pukul 2.00 petang.Majlisdimulakan dengan ucapan Yn Guru Besar iaitu Tn Hj Mustaffa.Beliau telah meberi penerangan dan ulasan berkaitan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang baru saja selesai dijalankan..

Seterusnya ibu bapa bertemu dan berbincang dengan guru kelas anak mereka tentang prestasi pelajaran dan seterusnya menandatangani helaian pelaporan.

Read more...

MINGGU BAHASA NGGERIS



Minggu Bahasa Inggeris telah dijalankan bermula dari 24 Mei 2010 hingga 27 Mei 2010.Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti Spelling Bee, Guessing Game,Crossword Puzzle, Hidden Picture, Action Song dan lain-lain lagi.

Majlis penutupan telah diadakan pada 27 Mei 2010 dan disempurnakan oleh Tn Hj Mustaffa, Guru Besar SK Kuala Kurau (B)

Read more...

Gaji 600,000 kakitangan awam disemak

Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.
Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui Komen AndaGuna Facebook

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU SKKKB 2010



Sambutan Hari Guru SKKKB telah di berlangsung dengan penuh meriah hasil komitmen semua warga sekolah.Antara acara yang telah dijalankan termasuk pertandingan congkak, ping-pong, bola jaring dan sukaneka.

Acara kemuncak pada 17 Mei berlangsung di Dewan Teratai dimulai dengan membaca perutusan oleh Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah dan perutusaan dari Menteri Besar Perak. Turut sama meraikan Hari Guru kali ini ialah Encik Mohd Salleh b. Disa Pegawai Khas Menteri Besar Perak dan Encik Abdul Wahid wakil PPD Kerian.

Majlis dimeriahkan dengan nyanyian lagu 'Guru Malaysia' dan lagu tema hari guru 'Guru Pembina Negara Bangsa'.Ini diikuti dangan bacaan ikrar seterusnya persembahan murid dan guru-guru.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah.Terima kasih atas kerjasama semua warga SKKB.'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'

Read more...

LOGO & MOTO HARI GURU

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”




Warna-warna yang terdapat pada logo Hari Guru:

PUTIH
Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

PERAK
Melambangkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.

KUNING
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti terkandung dalam bendera Malaysia.

MERAH
Melambangkan keteguhan semangat.

BIRU
Melambangkan perpaduan dan muhibah

Read more...

RAWATAN SEMULA JADI SAKIT KEPALA

ENURUT dunia perubatan Cina, kesakitan di tubuh menunjukkan terdapat sekatan tenaga dan darah.
Tubuh mahu kita menyedari, menilai dan mengubah tabiat yang menyebabkan kesakitan itu. Misalnya, sakit kepala mungkin menunjukkan ia berpunca daripada pemakanan yang tidak betul.


Apa yang berlaku apabila kita mendapat sakit kepala? Dalam masalah migrain, saluran darah mengecut mengakibatkan tekanan, radang dan sakit yang berdenyut.


Tekanan sakit kepala lazimnya disebabkan ketegangan otot dan kekejangan di bahagian leher, atas belakang dan kawasan bahu yang menarik kulit kepala.


Kebanyakan sakit kepala sama ada migrain atau tekanan, biasanya tercetus akibat masalah resdung, ketegangan otot, keletihan mata, virus, tekanan, ketidakseimbangan hormon, kurang tidur atau alahan.


Sakit kepala mungkin juga disebabkan beberapa masalah kesihatan yang teruk. Jika keadaannya memudaratkan, berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.


Jika mahu, rawat kesakitan menerusi kaedah semula jadi bagi membolehkan kita mengelak kesan sampingan kepada tubuh dan lebih peka terhadap keperluan unik tubuh.


Berikut ada beberapa kaedah rawatan semula jadi untuk membantu menangani masalah sakit kepala.


* Letakkan lima titisan minyak pati lavender dalam air suam. Basahkan tuala kecil dalam air suam itu, perah tuala kemudian letakkan tuala itu di dahi ketika sakit kepala.

* Duduk atau baring dengan selesa. Lapangkan fikiran, rehatkan tubuh dan bernafas panjang, secara perlahan. Tarik nafas dan bayangkan cahaya putih atau air pergunungan yang bersih memasuki tubuh anda dari atas kepala dan mengalir ke perut.


Lepaskan nafas dan bayangkan cahaya putih atau air terus mengalir dari bahagian perut ke bahagian kaki dan terus mengering. Ulang selama 10 minit. * Pengambilan teh herba juga membantu untuk mengurangkan sakit kepala misalnya Sichuan lovage atau ligusticum yang boleh diambil dua atau tiga cawan setiap hari.


Selain itu, halia yang digunakan ribuan tahun oleh masyarakat Cina untuk membantu merawat penyakit juga baik untuk kesihatan.


Untuk membuat teh halia, hanya potong dan rebus halia selama 10 minit. Tapis airnya dan minum. Jika malas merebus halia, gunakan uncang teh halia yang sedia ada di pasaran.

* Makanan seharian memberi kesan kepada aliran tenaga di dalam tubuh. Tabiat pemakanan yang baik membantu untuk mengekalkan aliran tenaga dan darah yang baik ke bahagian kepala, sekali gus mencegah sakit kepala.


Kurangkan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala seperti gula, wain, keju dan kafein.


Ada minuman yang boleh membantu untuk mengurangkan sakit kepala iaitu jus lobak merah segar. Amalkan pengambilan jus itu setiap empat jam hingga sakit kepala berkurangan.


Sumber : Harian Metro

Read more...

HARI BUKU & HAK CIPTA SEDUNIA SKKKB





Program Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010 telah diadakan di SKKKB pada 23 April 2010.Program ini bermula pada pukul 10.30 pagi.Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti membaca bersama, resensi buku dan sebagainya.Majlis bermula dengan ucapan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En Mohd Suhaimi bin Hamid mewakili guru besar dan seterusnya melancarkan program ini dengan rasminya.Ini diikuti dengan program Membaca Bersama guru dan murid selama 10 minit Diharapkan dengan program ini,murid-murid mendapat banyak manfaat dan ilmu.Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKKKB kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.

Read more...

Pelancaran ikon membaca 1Malaysia Datuk Michelle Yeoh pada 21 April

KUALA LUMPUR - Satu majlis pelancaran Ikon Membaca 1Malaysia Datuk Michelle Yeoh akan diadakan di auditorium Perpustakaan Negara Malaysia di sini pada 21 April ini.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata perasmian majlis itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie.

Menurutnya pemilihan pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh sebagai Ikon Membaca mampu menyemarakkan amalan membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Tionghua.

"Melalui pemilihan ini adalah diharapkan tabiat membaca di kalangan masyarakat Cina khususnya dan masyarakat Malaysia amnya mampu ditingkatkan ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara setanding dengan tabiat membaca di kalangan negara-negara maju," menurutnya.

Selain Michelle Yeoh, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 2 Mac lepas turut mengumumkan pelantikan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai Ikon Membaca.

Sumber : Harian Kosmo

Read more...

Insentif menarik warga sekolah akan diumum pada Hari Guru

KANGAR 13 April – Warga sekolah iaitu para pengetua, guru besar dan guru akan menikmati insentif menarik yang bakal diumumkan kerajaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insentif berkenaan merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah tanpa mengira latar belakang sekolah berkenaan.

“Berdasarkan pencapaian tahun ini dengan didokong oleh Pelan Penambahbaikan Sekolah (SIP) dan tool kit pembangunan prestasi sekolah (SIT), kita akan menilai semua ini untuk diberi pengiktirafan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Khas Warga Pendidikan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Perlis di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Lat.

Muhyiddin berkata, pengiktirafan itu juga bertujuan agar tidak ada sekolah-sekolah terutama di pedalaman dan luar bandar yang berasa terasing dan terpinggir.

“Kita tidak mahu walaupun sebuah sekolah yang berasa terasing seolah-olah hanya sekolah ini (Sekolah Berprestasi Tinggi -SBT) sahaja yang diberi perhatian, sekolah lain tidak diberi perhatian,” katanya.

Menurut beliau, terdapat ruang yang ketara berhubung pencapaian sekolah di seluruh negara terutama di Sabah.

“Bukan saya hendak memperkecil-kecilkan rakan kita di Sabah tetapi saya lihat mutu pembelajaran lebih rendah berbanding negeri lain berdasarkan keputusan peperiksaan,’’ katanya.

Namun beliau berkata, setelah diteliti, keadaan tersebut berlaku bukan kerana pelajar tidak cerdik dan tidak cerdas atau guru yang tidak melaksanakan tugas tetapi disebabkan oleh prasarana yang tidak lengkap.

Justeru kata Muhyiddin, perkara penting yang harus diberi perhatian dalam tahun-tahun akan datang ialah untuk merapatkan jurang perbezaan secara beransur-ansur.

“Mungkin tidak secara drastik tetapi satu peratus sehingga lima peratus setiap tahun,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, bagi meningkatkan prestasi sukan, sebuah sekolah sukan akan dibina di Perlis dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Katanya, tapak bagi projek pembinaan sekolah itu telah disediakan dan beliau berharap ia dapat dilaksanakan demi kepentingan pembangunan sukan negara dan sejajar program Satu Pelajar Satu Sukan.

“Saya juga tidak mahu alasan tidak ada padang atau stadium mahupun dewan untuk menerapkan program ini kerana dahulu semua kemudahan ini tiada tetapi bidang sukan boleh maju,’’ katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

Perkhidmatan feri 24 jam ditamatkan

PULAU PINANG, 14 April (Bernama) — Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menamatkan perkhidmatan feri 24 jam yang disediakan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula Jumaat ini.

Keputusan itu dibuat oleh pengurusan PPSB setelah mendapati ia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2.3 juta, menurut kenyataan PPSB di sini hari ini.

Selain itu ketiadaan perkhidmatan bas dan kereta api selepas tengah malam juga menjadi faktor utama PPSB menamatkan perkhidmatan feri 24 jam itu.

Bagaimanapun perkhidmatan feri pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad akan terus beroperasi seperti hari mingguan yang disediakan sebelum ini.

Pengguna feri khususnya pejalan kaki dinasihatkan supaya merancang perjalanan mengikut jadual feri yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Pengkalan Raja Tun Uda di sini di talian 04-2102362 dan Pengkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth di talian 04-3102377.

Perkhidmatan feri di Pengkalan Raja Tun Uda beroperasi bermula pukul 5.40 pagi hingga 1 pagi dan Pengkalan Sultan Abdul Halim bermula pukul 5.20 pagi hingga 12.40 tengah malam. -

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

Seksa jadi cikgu

guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.

“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Read more...

Buku ejaan lama bahasa Melayu diterbitkan

IPOH: Orang ramai terutama generasi muda berpeluang membaca sebuah buku mengenai sejarah sekolah Melayu Perak yang ditulis dalam ejaan lama Bahasa Melayu.

Buku "Sejarah Perkembangan Sekolah-Sekolah Melayu Negeri Perak (Sebelum Merdeka)" itu dikarang oleh seorang bekas guru, Mohd Nor Long, 77.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku berkenaan, Mohd Nor berkata keunikan buku itu adalah penggunaan ejaan lama yang kini tidak lagi digunakan. "Saya tahu orang akan mengkritik sebab menggunakan ejaan lama," katanya selepas pelancaran buku berkenaan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak, Mohd Radzi Abd Jabar.

Mohd Nor yang bersara sebagai Timbalan Pengarah JPN Pahang pada tahun 1988 berkata beliau mengambil masa empat tahun menyiapkan buku itu.

Katanya, sebelum ini beliau telah menghasilkan 14 buku pelbagai tajuk.

Mohd Radzi berkata, buku yang ditulis dengan ejaan lama itu istimewa dan memberi peluang kepada pelajar serta
guru untuk menghayati corak dan gaya penulisan yang telah lama tidak dipraktikkan. - Bernama

Sumber :Berita Harian

Read more...

Masa belajar BM dan BI dipanjangkan

Kabinet memutuskan masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata keputusan itu, yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun sudah.


Bagaimanapun beliau berkata masa persekolahan tidak akan dipanjangkan, tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar.


"Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan-perubahan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.


Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang. - Bernama

Sumber : Harian Metro

Read more...

Masak lomak cili api, SPM A+ SASER

POIE Soromban jangan lupo makan masak lomak cili api.. Memang ummp..A++!

Nama Seremban naik dan mengharum tahun ini - bukan kerana masak lomak cili apinya - tetapi kerana mencatat keputusan cukup membanggakan dalam pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Tahniah kepada inisiatif Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta gurunya yang cukup komited, kreatif dan bijak memotivasikan pelajar.

Khusus kepada warga Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER)- tabik tahniah untuk anda semua kerana begitu cemerlang dalam SPM kali ini, khususnya kertas Matematik.

Bukan sahaja A yang diperoleh, tetapi A+. Di Negeri Sembilan, sebanyak 14 orang mendapat semua A+, dan 11 daripadanya adalah dari Seremban.

Bukan semua calon yang mendapat semua A+ di Seremban itu pelajar asrama penuh, ada juga daripada sekolah harian biasa.

Di SASER, dengar khabarnya purata gred keseluruhan calonnya bukan sahaja mencecah CGPA 0.97, tetapi juga telah dinobatkan sebagai raja Matematik keseluruhan (kebangsaan). Segunung tahniah kepada team matematik sekolah itu, yang berjaya menjinakkan subjek Matematik yang selama ini dikenali sebagai killer paper oleh guru dan pelajar.

Sebanyak 172 calon mendapat A+ kertas Matematik dan 45 lagi mendapat A. Dua tahun lepas ketika sistem A+ belum diperkenalkan, kesemua calon sekolah itu mendapat A dalam kertas Matematik.

Kita kena belajar rahsia guru Matematik sekolah itu melakukannya. Mungkin bukan dengan kayu tas, rotan, lima jari (penampar), pil minda atau muka garang. Kreativiti dan inovatif guru mungkin lebih berkesan dan mujarab untuk menjadi tonik kepada pelajarnya sehingga semua calonnya mendapat A+ dalam Matematik. Memang hebat sehingga cikgu sekolah lain menggeleng kepala tidak percaya.

Apakah maknanya A+ di bawah penggredan tambahan SPM 2009? Maknanya, hampir semua pelajar sekolah itu mendapat markah lebih daripada 90 mata.

Kalau sebelum ini, dalam slip keputusan peperiksaan pelajar hanya diletakkan A, yang bermakna markah seseorang calon itu mungkin hanya 70, atau 80 atau 90 - bergantung kepada graf purata nasional.

Kalau mengikut CGPA SPM, pencapaian A+ - atau markah maksimum - bermakna point atau mata diperoleh adalah di bawah satu, dengan maksimumnya sifar. Kalau B, dikira tiga mata dan C bersamaan empat mata.

Sebelum ini, pernyataan kecemerlangan pelajar ialah A1 atau A2, bergantung kepada graf kumulatif nasional. Pada kali ini, A+ mengesahkan pelajar itu mendapat markah 90 dan ke atas.

Purata kertas yang diduduki ialah antara lapan hingga 10 mata pelajaran.

Komitmen guru Matematik sekolah itu memang tinggi sehingga sering dipanggil untuk mengadakan ceramah tentang pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di beberapa sekolah lain melalui beberapa program seperti Program Kembara Cemerlang SASER.

Guru berlumba-lumba untuk meningkatkan pencapaian akademik sesama mereka. Proses memotivasikan pelajar sejak awal tahun lagi - tidak menunggu sehingga saat-saat akhir.

Agensi luar seperti PPD juga membantu dari segi penganjuran program, khususnya jika ia melibatkan sekolah lain.

''Bukan kerja senang," kata Ketua Panitia Matematik SASER, Noraini Kassim kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Bacelor Sains Pendidikan itu telah bergraduat pada 1982, dan sejak itu tidak menoleh ke belakang lagi, menabur bakti sebagai guru Matematik.

Kata beliau, paling penting ialah kerja berpasukan kerana bilangan pelajar yang ramai.

Sebagai ketua panitia, beliau akan memastikan segala perancangan strategik dilaksanakan, melakukan pemantauan dan seterusnya membuat post mortem. Mana-mana program yang tidak sesuai akan ditamatkan.

Sebagai guru cemerlang, beliau juga mempunyai komitmen untuk mengajar (70 peratus), melakukan kajian tindakan dan inovasi (10 peratus), berkongsi kepakaran (10 peratus) dan membantu PPD, JPN dan pihak lain (10 peratus).

Katanya, SASER mempunyai sembilan guru cemerlang dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Kimia (dua orang), Fizik, English for Science and Mathematics (EST), Bahasa Malaysia (dua orang) dan Bahasa Inggeris.

Tahniah SASER, tahniah Seremban dan tahniah Negeri Sembilan.

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

Pangkalan data pastikan pertukaran guru telus

KOTA KINABALU 12 Mac - Pangkalan data guru yang lengkap dengan maklumat keluarga akan diwujudkan bagi memastikan urusan pentadbiran khususnya berkaitan penempatan dan pertukaran dilaksanakan secara telus, adil dan berkesan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu selari dengan dasar Kementerian Pelajaran yang menetapkan semua guru sama ada baru atau berpengalaman perlu bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman untuk tempoh masa tertentu sepanjang perkhidmatan mereka.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, pangkalan data tersebut akan mempunyai maklumat terperinci termasuk latar belakang suami atau isteri guru berkenaan di samping anak dan kediaman mereka.

''Semua ini bukan sahaja dapat membantu kementerian mengurus penempatan dan pertukaran guru dengan cekap dan berkesan bahkan memberi peluang guru terbabit bersedia lebih awal sebelum ditukarkan," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan dialog bersama warga Jabatan Pelajaran Sabah di Sekolah Menengah Agama Bukit Padang di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Muhiddin Yusin.

Muhyiddin berkata, kementeriannya serius dalam memastikan sekolah di luar bandar mempunyai guru berpengalaman dan berharap ia akan mendapat sokongan semua warga pendidik.

Katanya, mengajar di pedalaman merupakan satu tugas mulia dan boleh dianggap sebagai sumbangan kepada negara selain membuktikan rasa cinta terhadap profesion perguruan.

Terdahulu pada sesi dialog, Muhyiddin berkata, kementerian sedia melihat semula peraturan yang menetapkan setiap guru hanya mempunyai satu peluang menduduki ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk melayakkan mereka meningkat ke Tahap Empat.

''Saya setuju hasrat guru itu tidak sepatutnya dikekang. Oleh itu kita akan melihat dengan lebih mendalam bagaimana untuk mengatasi masalah ini,' katanya.

Mengenai masalah 27 sekolah menengah di negeri ini yang terpaksa menumpang bangunan dan kemudahan di sekolah rendah, Muhyiddin berkata, ia berlaku kerana peningkatan mendadak pelajar ekoran pertumbuhan bandar baru di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kementerian akan berusaha mengatasi masalah tersebut termasuk menyediakan kabin sebagai kelas sementara.

''Untuk jangka panjang, kita akan membina bangunan baru tetapi kita juga mesti ingat bahawa kita ada banyak sekolah yang tenggelam ketika banjir dan perlu dipindahkan.

''Semua ini akan membabitkan kos berbilion ringgit. Oleh itu kita perlu mengasingkan mengikut keutamaan dan masalah yang mendesak," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin memberitahu kementeriannya akan mendapatkan khidmat 300 guru pakar bahasa Inggeris untuk dihantar ke enam kawasan di seluruh negara bagi melatih guru di kawasan terbabit.

Katanya, langkah tersebut merupakan sebahagian usaha kementerian mengukuhkan penguasaan pengajaran bahasa Inggeris, sekali gus meningkatkan kemahiran pelajar dalam bahasa tersebut.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri menyangkal dakwaan bahawa beliau seorang yang anti sekolah Cina kerana enggan memberi peruntukan kepada sekolah Cina swasta.

Tegasnya, tanggapan tersebut tidak benar sama sekali kerana kerajaan tetap membantu sekolah terbabit namun ia bukan satu keutamaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menegaskan, kerajaan lebih mengutamakan kebajikan dan keperluan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil yang dimiliki oleh kerajaan.

"Saya bukan anti sekolah swasta Cina tetapi sebagai kerajaan kita kena utamakan keperluan di SRJK Cina atau Tamil. Sekolah swasta adalah di bawah tanggungjawab mereka dan bukan kerajaan," ujarnya.

"Kalau dibantu, ia sebenarnya bercanggah dengan dasar kita. Sebab lain adalah kerajaan tidak punya cukup peruntukan dan oleh itu kita kena utamakan sekolah kita dulu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam dan dialog dengan Dewan-dewan perniagaan Sabah di Magellan Sutera di sini malam tadi.

Muhyiddin berkata, kerajaan perlu menyediakan keperluan dan kemudahan asas di 10,000 buah sekolah miliknya.

Beliau memberitahu, ramai yang tidak menyedari bahawa kos perbelanjaan untuk membayar gaji guru di SRJK Cina dan Tamil berjumlah RM1.8 bilion setahun.

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

Guru tingkat pencapaian sekolah turut diberi insentif

TANJUNG MALIM 6 Mac – Semua pengetua, guru besar dan guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa akan diberi pelbagai insentif termasuk kenaikan pangkat mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru.

Beliau berkata, maklumat terperinci berhubung pelaksanaan insentif baru menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah itu akan diumumkan pada 16 Mei ini.

“Kalau mereka menunjukkan kecemerlangan tak kira di bandar atau luar bandar, ikut ukuran apa yang kita sebut kumpulan-kumpulan tertentu.

“Tetapi kalau meningkat sedikit pun (cemerlang) kita akan bagi juga imbuhan kepada guru besar, pengetua dan guru-guru di sekolah itu.

“Maknanya, bukan hanya bagi pengetua atau guru besar tetapi kepada semuanya, kerana kita iktiraf peranan itu bukan hanya dimainkan oleh seorang pemimpin dalam sekolah, sebaliknya semua guru mesti bekerja sama. Kalau (sekolah) meningkat, semua dapat kredit,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak di Slim River dekat sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri Perak.

Muhyiddin berkata, pemberian insentif tersebut adalah sebagai galakan kepada pihak sekolah tanpa mengira sama ada ia sekolah bandar atau luar bandar untuk bekerjasama dalam mencapai kecemerlangan.

“Kita boleh melihat kalau di sekolah itu ada kepimpinan yang baik, walaupun tidak mendapat peruntukan tetapi mampu meningkatkan pencapaian, maka ia akan diberi penilaian dan akan diiktiraf,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan memberi geran pelancaran kepada pihak swasta yang membuka kelas-kelas prasekolah di negara ini.

Langkah tersebut, katanya, bagi menjayakan matlamat memastikan 87 peratus kanak-kanak yang akan memasuki alam persekolahan dalam tempoh tiga tahun lagi mempunyai pendidikan asas.

Selain itu, jelas beliau, kementerian juga akan menampung kos melatih guru-guru yang ditempatkan di prasekolah terbabit.

Terdahulu, dalam pertemuannya dengan warga pendidik di Politeknik Sultan Azlan Shah (Polisas) Behrang, Muhyiddin mahu guru-guru berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan.

Beliau berkata, langkah kementerian memperkenalkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sebagai persediaan untuk melonjakkan lagi bidang pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita minta guru-guru bersama-sama membantu mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang disasarkan kerana kita tidak mahu juara kampung tetapi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kalau guru-guru bersemangat meningkatkan pencapaian murid-murid dan para pelajar, langkah-langkah ini akan diiktiraf oleh pihak kementerian dan juga layak untuk mendapat imbuhan insentif tahun depan,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

Guru wajib ke luar bandar

Tempoh tugas tiga hingga lima tahun tempoh perkhidmatan
Cikgu baru mesti mengajar di pedalaman
KUALA LUMPUR: Guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman, sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara berada dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang sedang dialami sektor pendidikan ketika ini.




"Ketika ini elaun maksimum RM1,500 diterima oleh guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Kementerian akan memikirkan bentuk imbuhan baru untuk mereka.

"Contohnya, dalam tempoh 30 tahun berkhidmat, guru perlu pergi ke pedalaman dan begitu juga guru baru. Kerajaan akan memikirkan dorongan dalam bentuk baru untuk menggalakkan guru ke pedalaman," katanya ketika ditemuramah dalam program temubual Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di sini malam tadi.

Muhyiddin juga berkata, sudah tiba masanya guru mengubah corak pemikiran dengan menganggap mereka adalah golongan yang bertanggungjawab menggalas tugas mendidik anak bangsa.

"Mengubah minda guru untuk menggalakkan mereka berkhidmat di kawasan yang jauh dari bandar adalah satu cabaran dan kekangan kepada kementerian ketika ini," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan mensasarkan 87 peratus kanak-kanak memulakan sesi prasekolah atau kelas tadika seawal usia empat hingga enam tahun.

"Ketika ini jumlah kanak-kanak yang memasuki prasekolah ialah 67 peratus dan kementerian akan memastikan jumlah itu meningkat bagi melahirkan generasi pelapis yang berkualiti.

"Kita sangat menggalakkan pihak swasta untuk turut sama dengan kerajaan menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak. Kerajaan akan memberi imbuhan dan ganjaran kepada pihak swasta yang menyediakan kemudahan bilik darjah bagi tujuan prasekolah," katanya.

Beliau juga berkata, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum sekolah yang menekankan aspek penerokaan ilmu secara mendalam melalui pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata.


"Kita dapat lihat masalah berat badan berlebihan atau obesiti semakin ramai di kalangan murid. Dengan menekankan pentingnya sukan, saya berharap ia sedikit sebanyak mengelakkan masalah itu berlaku di kalangan anak kita," katanya.

Sumber : Berita Harian

Read more...

Kopi termahal dunia

Harga minuman sisa musang cecah RM4,940 sekilogram

APA kaitan musang dengan kopi termahal dunia? Percaya atau tidak, haiwan inilah yang bertanggungjawab menjadikan harga Kopi Musang atau lebih dikenali Kopi Luwak mencecah RM2,298 (AS$600) hanya bagi 500 gram.

Malah, sebuah majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan kopi ini dijual sehingga RM4,940 (AS$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia.



Biji kopi ini adalah campuran yang dituai daripada sisa kumuhan musang di Indonesia dan mamalia ini diketahui tabiatnya hidup dengan menyelongkar biji kopi segar. Haiwan menyerupai kucing ini pemakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil lain untuk hidup. Ia juga makan biji kopi, malah musang menggemari biji kopi yang masak dan berwarna merah segar.

Keistimewaan kopi, ini seperti kata penggemarnya, menghasilkan rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Malah, hanya kira-kira 453 kilogram Kopi Luwak asli dihasilkan setiap tahun berikutan prosesnya yang rumit serta nilainya yang sangat tinggi.

Keluarga Diraja dan golongan ternama dilaporkan menggemarinya, malah penggemar kopi sejati boleh mendapatkannya dengan harga RM114 (AS$30) secawan di hotel bertaraf lima bintang di Hong Kong.
BIJI kopi yang dikeluarkan bersama najis haiwan ini.



Namun hati-hati, kerana ada yang sekadar menumpang nama Kopi Luwak tetapi ia sebenarnya biji kopi tiruan. dan menurut pakar, kira-kira 40 peratus kopi yang terjual adalah tiruan.

Hakikatnya, musang yang ditemui di Afrika dan Asia bertanggungjawab 'menghasilkan' kopi termahal ini dengan memakan biji kopi dan ketika proses penghadaman enzim haiwan ini bercampur dengan biji kopi sebelum ia dikeluarkan melalui proses kumuhan. Inilah rahsia yang menjadikan setiap bijinya mengeluarkan rasa kelat yang unik.

Di Asia Tenggara, musang ini lebih banyak menjadikan celah dedaun kebun kopi sebagai rumahnya. Namun, ada juga yang dipelihara khas untuk menjalankan tugasan penting sebagai pemilih kopi istimewa berkenaan. Ini disebabkan haiwan ini sememangnya agak cerewet kerana memilih hanya biji kopi yang terbaik dan masak. Enzim di dalam perut ketika proses penghadaman kemudian mengurai sebahagian daripada biji kopi berkenaan sebelum ia dikumuhkan.

Ketika inilah, gerombolan pekerja akan mengutip sisa kumuhan yang bersepah di kebun kopi sebelum mencuci dan memanggang biji kopi berkenaan yang menghasilkan minuman unik yang enak sehingga ke titisan yang terakhir. Begitupun, di celah keistimewaan dan keunikannya itu ada juga yang meragui kesahihan khasiat Kopi Luwak dan menganggap ia suatu yang pelik dan sekadar gimik untuk tujuan pemasaran.

Namun bagi penggemarnya, Kopi Musang cukup dikenali kerana cukup matang, enak rasanya dan kurang pahit. Memandangkan rasa pahit kopi yang banyak membuat ramai orang tidak menggemari kopi, Kopi Luwak pula mengumpan semakin ramai orang untuk menikmatinya.

Agak sukar untuk mencari sumber Kopi Musang yang tulen memandangkan caranya yang luar biasa untuk dihasilkan. Sebelum penternakan kopi musang popular, kebanyakan penternak akan keluar mencari kumuhan musang liar. Kini, penghasilan kopi ini lebih produktif sejak musang dibenarkan hidup bebas dalam kawasan tertentu menjadikan kumuhan musang lebih mudah dicari.

Akibat populariti kopi yang luar biasa ini, bagaimana Kopi Luwak dibuat secara tidak langsung memberi manfaat kepada jumlah populasi musang kerana menggalakkan lebih banyak habitat untuk musang ini diwujudkan di sekitar kebun kopi berkenaan.

Sumber : Berita Harian

Read more...

Frieda Tokoh Nilam Perak baca 740 buku

POH 12 Feb. - T. Frieda Violet, 12, yang sangat meminati penulisan sasterawan negara, Datuk Dr. Anwar Ridwan terpilih sebagai Tokoh Nilam Negeri Perak 2010 di sini, hari ini.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Kota, Taiping itu merupakan johan bagi kategori sekolah rendah dan kategori sekolah rendah bandar.

''Saya sudah membaca sebanyak 740 buah buku dari tahun satu hingga tahun enam yang kebanyakan penulisannya dalam bahasa Melayu," katanya ketika ditemui selepas program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak 2010 di sini.

Menurut anak kepada pasangan doktor dan guru itu, minat membacanya mula timbul selepas kagum dengan kebolehan abangnya, Nehemiah, 20, yang mampu membaca buku setebal 700 muka surat dalam masa sehari.

Kemenangan dalam dua kategori itu membolehkan Frieda Violet membawa pulang wang tunai RM900 bersama sijil dan buku sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sementara itu, Tokoh Nilam Negeri Perak 2010 Kategori Sekolah Menengah, Nuraimi Nadirah Rohim @Rahim, 17, telah membaca sebanyak 680 buku sejak tingkatan dua hingga tingkatan lima.

''Kebanyakan buku yang saya baca adalah karya-karya sastera dan yang paling saya minati ialah novel yang ditulis oleh Faisal Tehrani.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping itu berkata, minat membacanya dipupuk sejak kecil lagi dan ia banyak didorong oleh kedua ibu bapanya.

''Saya mula membaca sejak berumur empat tahun tetapi sejak bayi lagi, ibu bapa saya sering membacakan buku cerita kepada saya dan mereka juga menghadiahkan buku pada setiap hari jadi saya,'' kata anak kepada pasangan guru itu.

Anugerah Tokoh Nilam Negeri Perak pada tahun ini juga menyaksikan buat pertama kalinya seorang pelajar Orang Asli, Rehan Asod, 12, menerima anugerah bagi kategori sekolah rendah pedalaman.

Pelajar SK Pos Loi, Lasah itu, menewaskan dua lagi calon Orang Asli iaitu Robiah Tentok dari SK Jernang, Sungkai dan Abok Sarida Rahmat dari SK Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Air Banun, Gerik.

Rehan sudah membaca sebanyak 300 buku sejak tahun empat hingga enam dan buku paling diminatinya ialah Tekun Usaha Tangga Kejayaan.

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

MTQ PERINGKAT ZON KUALA KURAU


Majlis Tilawah Alquran (MTQ) peringkat Zon Kuala Kurau telah diadakan di SK Kuala Kurau (Baru) pada 20 Februari 2010. Hanya 4 acara sahaja yang dipertandingkan iaitu Bercerita Kisah Nabi, Tilawah Alquran, Hafazan dan Bahasa Arab.Wakil SK Kuala Kurau (B) iaitu Nur Sabrina bt Zairushallehin telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Hafazan (P).Semoga SKKK(B) akan lebih berjaya lagi pada masa hadapan.Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn Haji Shaari b. Bakar, Penyelia Pendidikan Islan ,Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Read more...

Opsyen Matematik ajar BI, 25 tahun kerja gagal jadi Guru Cemerlang

SAYA seorang guru yang telah mengajar Bahasa Inggeris selama hampir 25 tahun memohon untuk Guru Cemerlang DGA34 Bahasa Inggeris. Permohonan saya ditolak walau pun telah berjaya di dalam mendidik murid-murid sama ada dalam bidang kurikulum atau ko-kurikulum.

Saya pernah menjadi Jurulatih Pusat dan melatih Jurulatih Negeri untuk ETeMs kohort keempat. Pengalaman mengajar Bahasa Inggeris daripada Tahun 1 sehingga Tingkatan 5. Juga mengajar di sekolah menengah selama 19 tahun dan kini berkhidmat di sekolah rendah. Rasanya satu pengalaman yang jarang dirasai oleh mana-mana guru di Malaysia.

Saya juga diberi tanggung jawab untuk melatih public speaking, story telling, choral speaking dan pernah menjadi penguji untuk ujian lisan Bahasa Inggeris SPM.

Apabila bersemuka dengan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan ingin tahu mengapa saya tidak layak sedangkan Guru Besar pun sudi untuk memberikan penilaian yang bagus, jawapannya ialah saya bukan guru opsyen Bahasa Inggeris! Saya adalah guru opsyen Matematik yang pada tahun pertama mengajar sudah diminta mengajar Bahasa Inggeris kerana berkelulusan Malaysia Certificate of Education (MCE) dari sebuah sekolah elit di Kuala Lumpur.

Semasa rakan-rakannya sudah menjawat jawatan Guru Besar, saya tetap ingin menjadi guru biasa dan terus mengajar. Timbul keinginan saya untuk mendapat GC DGA34. Maka saya pun memohon GC DGA34 setelah hampir 10 tahun menjadi penyandang DGA32.

Saya berharap dapatlah kiranya pihak yang berkenaan pandanglah guru-guru yang senasib dengan saya. Iktiraflah mereka sebagai guru Bahasa Inggeris juga walau pun mereka bukan opsyen berkenaan dan tidak pernah menyertai kursus conversion kerana memikirkan ia tidak perlu.

Peluang untuk memohon dan menjadi Guru Cemerlang Matematik ibarat jauh panggang dari api. Pengalaman mengajar Matematik adalah jauh lebih sedikit dibandingkan dengan mengajar Bahasa Inggeris. Tiada sumbangan luar yang boleh diiktiraf di dalam bidang ini kerana tenaga saya sentiasa diperlukan untuk mengajar Bahasa Inggeris walau di sekolah mana saya bertugas.

Saya akur dan seronok dapat mencurahkan ilmu Bahasa Inggeris kepada anak murid. Pengiktirafan murid yang jarang memanggil cikgu tetapi teacher memang menyeronokkan, ditambah pula di kampung, emak ayah pun memanggil teacher juga.

Namun teacher ini juga berharap mendapat pengiktirafan daripada pihak-pihak yang lebih arif agar ‘teacher’ ini lebih bersemangat untuk menjadi teacher sehingga pencen.

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

Nasi bungkus untuk kursus guru

Peruntukan dicatu jejas usaha memartabatkan taraf profesionalisme pendidik

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.



Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya.

Sumber : Berita Harian

Read more...

MAKLUMAN MENGENAI CUTI PERISTIWA SEKOLAH

Permohonan cuti peristiwa sekolah tidak akan diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Perak jika pihak sekolah menjalankankan aktiviti pada hari Sabtu dan memohon cuti pada hari Isnin minggu berikutnya. Jika pihak tuan puan mempunyai kemusykilan berhubung dengan perkara tersebut, sila rujuk Pekeliling J.Pen.Pk.Pend. 108/Jld 2/ (56) bertarikh 6 Jan 1995.


Sehubungan itu pihak sekolah disarankan menjalankan aktiviti pada hari persekolahan dan memohon cuti pada hari berkenaan sahaja. Jika aktiviti dijalankankan pada sebelah petang pihak sekolah boleh memohon cuti keesokan harinya dengan syarat pada hari berkenaan P&P dijalankan seperti biasa mengikut jadual waktu persekolahan.

Sumber ; Portal PPD Kerian

Read more...

UTM cipta penggera mengantuk

JOHOR BAHRU - Berita baik bagi pemandu kenderaan terutama pemandu bas yang berhadapan dengan masalah mengantuk ketika memandu.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menghasilkan sebuah sistem peranti yang mampu mengesan tahap kesedaran pemandu-pemandu kenderaan bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UTM, Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim berkata, peranti yang dikenali sebagai Smart Nap Alert System itu akan berfungsi apabila pemandu mula menunjukkan tanda-tanda keletihan, mengantuk atau tersengguk ketika memandu.

"Sistem peranti ini terbahagi kepada dua iaitu penderia yang dipasang di bahagian telinga dan peranti kawalan yang dipasang di dalam kenderaan.

"Apabila pemandu tersengguk, penggera akan berbunyi sekali gus menyedarkan pemandu serta penumpang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber :Harian Kosmo

Read more...

20 sekolah hebat



Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

SEKOLAH Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor Bahru antara yang terpilih Sekolah Berprestasi Tinggi.



“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:
Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
SK Bukit Damansara (KL)
SK Zainab (2) (Kota Bharu)
SK Convent Kota (Taiping)
SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)


Sekolah diberi autonomi:
Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
Memanjangkan waktu persekolahan.
Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.


Kriteria pemilihan SBT :
Pencapaian akademik yang cemerlang.
Melahirkan personaliti unggul.
Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara

Sumber : Berita Harian

Read more...

Guru saman malu RM1.5 juta

ALOR SETAR 24 Jan. - Sepasang suami isteri memfailkan saman malu berjumlah RM1.5 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga kakitangan awam kerana didakwa melakukan konspirasi menganiaya pasangan tersebut.

Kedua-dua plaintif, Mohd. Afandi Abd. Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd. Rozi, 38 adalah seorang guru.

Mohd. Afandi dan Roziaini menamakan Munajat Tamrin selaku defendan pertama yang merupakan pegawai bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta terlibat dalam menyelenggarakan pertukaran guru-guru sekolah.

Defendan kedua ialah, Noriah Murad, merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Alor Setar, Jalan Langgar, tempat Roziaini mengajar pada tahun 2004.

Defendan ketiga pula Abdul Aziz Hanifa, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar yang merupakan sekolah Mohd. Afandi bertugas pada 2004.

Mohd. Afandi memberitahu, dia memfailkan saman itu terhadap ketiga-tiga defendan kerana mereka mengakibatkan tekanan perasaan kepadanya dan isteri.

"Saya dan isteri dilemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga menyebabkan kami menghadapi tekanan.

"Akibat tekanan yang timbul saya terpaksa mengambil cuti mengajar selama satu tahun setengah bermula awal 2005 hingga 2006," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, konspirasi ketiga-tiga defendan mengaibkan dia dan isterinya bermula apabila isterinya yang menghadapi masalah tekanan mental dan fizikal berjumpa defendan pertama untuk membincangkan hal pertukaran isterinya ke sekolah lain yang dekat dengan rumah mereka.

Ujarnya, selepas isterinya dapat bertukar ke sekolah yang dipohon bermulalah konspirasi antara defendan pertama dan kedua terhadap isterinya.

"Pertukaran isteri saya tidak disenangi defendan pertama kerana isteri saya dapat bertukar sekolah dengan sedikit bantuan pihak pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

"Saya juga turut menjadi mangsa apabila defendan pertama membuat pakatan dengan defendan ketiga," katanya.

Beliau mendakwa, akibat pelbagai tekanan serta konspirasi yang dibuat ketiga-tiga defendan itu, dia dan isteri mengalami kemurungan yang dahsyat.

Mohd. Afandi kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Perdana di sini manakala Roziaini mengajar di Sekolah Kebangsaan Tengku Raudzah.

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

JPA nafi potong elaun COLA, ITKA

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan beberapa elaun dinikmati kakitangan kerajaan seperti elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) akan dipotong.

"JPA ingin memaklumkan bahawa tidak ada keputusan kerajaan untuk memotong elaun-elaun seperti COLA dan ITKA," menurut jabatan itu dalam kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan JPA itu sekali gus menyangkal desas-desus yang mengatakan bantuan sara hidup kepada kakitangan awam termasuk COLA dan ITKA akan ditarik sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan.

Sejak beberapa hari lalu, kira-kira sejuta kakitangan awam berada dalam dilema berikutan tersebarnya berita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun kakitangan awam akan ditarik.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman yang turut menafikan khabar angin tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

Kisah Tanggang moden


Perlukah kita menggubal satu akta baru apabila di sebalik angka warga emas yang semakin meningkat, peristiwa anak-anak membuang ibu bapa mereka juga semakin kerap berlaku?

IKLAN Petronas ini membawa mesej yang cukup dalam tentang hubungan kekeluargaan.


MASIH ingatkah lagi dengan sebuah iklan Aidilfitri mengenai seorang wanita yang gagal membalas jasa ayahnya kerana perlu menjaga hati suami?

Iklan Petronas itu bermula apabila wanita tersebut mengambil bapanya yang tua dari hospital untuk pulang ke rumah. Pada masa yang sama suaminya bertanya tidak bolehkah bapanya tinggal lebih lama di hospital?

Di rumah anaknya, lelaki tua itu menerima layanan dingin daripada menantu sehingga ketika makan pun orang tua itu terpaksa makan berseorangan di tempat lain.

Iklan itu berakhir apabila wanita tersebut sedar dia gagal membayar balik segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapanya.

Walaupun ia sekadar sebuah iklan, hakikatnya ia satu sindiran dan peringatan buat kita semua. Kisah anak melupakan jasa, keringat dan pengorbanan ibu bapa bukanlah sesuatu yang baru. Menyorot filem lama yang paling dekat mengingatkan kita tentang kisah anak derhaka adalah filem Si Tanggang.

Hari ini dalam dunia realiti kisah si Tanggang semakin berleluasa. Lebih menyedihkan, bagaimana tragisnya kisah Tanggang, begitulah keras dan kejamnya hati sebilangan Tanggang moden hari ini.

Dibuang

WARGA emas mempunyai peranan yang cukup besar dalam masyarakat. - Gambar hiasan


Baru-baru ini contohnya, media melaporkan mengenai dua insiden seorang bapa telah 'dibuang' oleh anaknya.

Dalam kes pertama, seorang pesakit buah pinggang berumur 60 tahun telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudian menempatkan lelaki tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri kenangan di Jejawi.

Seminggu sebelum itu, seorang bapa berumur 57 tahun telah ditinggalkan di tepi jalan bersama bungkusan pakaiannya di Behor dekat Kangar. Beliau yang baru menjalani pembedahan jantung terpaksa berlindung dan tidur di sebuah perhentian bas.

Mengulas mengenai peristiwa Tanggang moden yang kerap berlaku menurut Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas), Rafia'ah Jaafar, cara ibu bapa mendidik anak-anak menjadi salah satu sebab kenapa zuriat mereka sanggup membuang mereka seperti mana kisah Si Tanggang.

Katanya, kebanyakan ibu bapa hari ini mungkin mahukan anak-anak mereka menjadi yang terbaik atau lebih daripada mereka sehingga memberikan kasih sayang melimpah ruah.

"Ramai ibu melakukan kesilapan dengan terlampau memanjakan anak mereka. Bila besar, anak itu tidak dapat menilai perkara yang dikorbankan oleh ibu bapa dan berasa mereka berhak terhadap apa yang diberikan ibu bapanya," katanya.

Apabila ibu bapa semakin tua, anak-anak berasa bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga keperluan fizikal dan emosi ibu bapa, kata Rafia'ah.

Ada juga anak yang mementingkan diri sendiri dan memandang sambil lewa terhadap ibu bapa.

Namun katanya sekiranya anak-anak menjalani hidup yang terlalu sukar atau tertekan ia mungkin mendorong mereka melupakan ibu bapa mereka apabila sudah dewasa.

"Sesetengah kanak-kanak membesar penuh traumatik kerana didera secara mental atau fizikal. Mereka mungkin dalam diam membentuk sifat benci ibu bapa. Jadi bila anak ini besar, mereka membalas apa yang mereka alami semasa kecil terhadap ibu bapa," tambah beliau.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan sesiapa yang membuang ibu bapa telah melakukan satu perbuatan yang kejam.

Beliau menasihati mereka yang tidak mampu menjaga ibu bapa supaya menghubungi pejabat kebajikan yang terdekat.

"Jangan tinggalkan mereka di hospital atau di jalanan. Juga jangan tinggalkan orang tua yang tidak berdaya keseorangan tanpa jagaan di rumah," kata beliau.

TIMBALAN Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa (kanan) bertanyakan sesuatu kepada warga emas, Othman Samah, 60, (kiri) yang ditinggalkan anaknya selepas sidang akhbar di pejabat JKM Perlis, baru-baru ini.


Tambah Shahrizat, budaya membuang ibu bapa perlu dikekang segera agar ia tidak menjadi satu budaya di negara ini.

Bagi pendidik Abdul Rahman Noordin, sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang terhadap isu tersebut.

Mengikut Abdul Rahman, pertalian ibu bapa-anak adalah satu komponen yang amat penting dalam masyarakat yang penyayang dan maju.

"Tetapi kini terdapat satu trend di mana ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua tanpa apa-apa bantuan dan perhatian. Agak malang kerana negara ini masih belum mempunyai akta yang mewajibkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka.

"Ibu bapa memerlukan undang-undang bagi menjaga keperluan mereka pada peringkat usia yang lanjut," tambah Abdul Rahman. -

Read more...

Gempar jelmaan puntianak

KUALA TERENGGANU - Kelibat seorang wanita berkuku panjang dan berwajah hodoh yang dikatakan muncul di celah pohon buluh berdekatan dengan kubur di Jalan Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, di sini, sejak dua minggu lalu menggemparkan penduduk di kawasan itu.

Lebih menyeramkan apabila salah seorang penduduk di situ mendakwa pernah terserempak dengan makhluk halus itu, dipercayai puntianak ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya, menyebabkan kejadian itu mencetus igauan baru penduduk kampung tersebut.

Menurut Yusof Sulong, 63, yang tinggal di kampung berdekatan, sebaik dimaklumkan rakannya yang tinggal di kawasan terbabit, dia bersama 20 penduduk telah membuat rondaan kira-kira jam 11.30 malam kelmarin bagi melihat sendiri kewujudan puntianak.

“Beberapa orang penduduk telah berkumpul untuk melihat sama ada benar atau tidak wujudnya puntianak sebagaimana didakwa memandangkan sebelum ini saya tidak pernah mendengar perkara sedemikian.

“Malangnya, pada malam pertama rondaan dibuat, kami gagal melihat kelibat puntianak tersebut tetapi akan terus membuat rondaan untuk memastikan kebenaran cerita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang mahu dikenal sebagai Khairul, 30-an, berkata, kejadian itu telah menjadi isu sejak pokok buluh di kawasan tanah perkuburan berkenaan dibakar kira-kira dua minggu lalu.

Katanya, sama ada benar atau tidak, pertemuan dengan wanita yang digelar penduduk sebagai puntianak itu, kini sedang meniti di bibir orang ramai selepas gotong-royong di kawasan tanah perkuburan itu.

Khairul turut mendakwa pernah terserempak dengan ‘makhluk’ terbabit kira-kira seminggu lalu di persimpangan jalan masuk ke rumahnya pada jam 2 pagi.

“Bagaimanapun, saya tidak ambil tahu perkara tersebut dan menganggap ia hanya perasaan kerana ketika itu belum mendengar orang bercakap mengenainya, hinggalah selepas itu penduduk heboh bercakap mengenai menemui puntianak di kawasan berdekatan,” katanya.

Namun, Khairul tidak menafikan keadaan jalan yang malap di kawasan terbabit mungkin mempengaruhi orang ramai melihat kejadian tidak diingini dan tidak menolak ia hanya mainan perasaan sahaja.

Sumber : Sinar Harian

Read more...

9 gerhana bulan, 3 gerhana matahari hingga 2020

KUANTAN - Penduduk negeri Pahang berpeluang menyaksikan sembilan fenomena gerhana bulan dan tiga gerhana matahari yang diramalkan kelihatan dan boleh disaksikan orang ramai sehingga 2020.

Ketua Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Pahang, Azlan Abdul Rahman berkata, berdasarkan jadual gerhana bulan dan matahari yang dikeluarkan, penduduk negeri ini dijangka berpeluang menyaksikan gerhana bulan pada tarikh-tarikh 26 Jun 2010 (gerhana separuh), 10 Disember 2011 (gerhana penuh) dan 4 Jun 2012 (gerhana separa).

Menurutnya, pada 8 Oktober 2014 dan 4 April 2015, penduduk negeri ini dijangka akan dapat menyaksikan gerhana bulan penuh menjelang waktu Maghrib hingga jam 9.45 malam.

“Sementara itu gerhana bulan juga dijangka berlaku pada 7 Ogos 2017, 31 Januari dan 27 Julai 2018 serta 16 Julai 2019,” katanya ketika ditemui selepas turut serta menyaksikan fasa gerhana matahari separa, di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berhadapan Masjid Negeri, di sini petang semalam.

Beliau berkata, berdasarkan jadual itu juga, tiga fenomena gerhana matahari dijangka berlaku pada tarikh-tarikh 9 Mac 2016, 26 Disember 2019 dan 21 Jun 2020, membabitkan kadar gerhana antara 25 hingga 85 peratus.

“Untuk fenomena gerhana matahari separa yang berlaku hari ini (semalam), ia bermula kira-kira jam 3.07 hingga 5.40 petang, gerhana hanya sempat disaksikan sebanyak dua kali, memandangkan keadaan awam tebal dan mendung.

“Bagaimanapun hasil pemerhatian gerhana menggunakan teleskop jenis MEADE TELESCOPE LX200GPS dan beberapa teleskop milik Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Pahang dan Jabatan Mufti, gerhana matahari pada kadar 39 peratus dapat dilihat kira-kira jam 3.20 petang tadi (semalam),” katanya.

Gerhana yang menarik perhatian sebahagian penduduk Kuantan yang hadir berkumpul di padang MPK turut disusuli dengan solat hajat dan khutbah gerhana di Masjid Negeri sebelum beramai-ramai menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu.

“Penghayatan dan solat sunat gerhana yang diadakan dapat menunjukkan sifat tawaduk terhadap kebesaran Allah manakala kajian fenomena ini dari sudut saintifik dapat membantu pengkaji menganalisis ketepatan waktu dan kesan gangguan pada orbit bulan dan matahari,”katanya.

Sumber : Sinar Harian

Read more...

PPSMI

Pengenalan

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Peranan BBT dalam PPSMI

Peranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam menjayakan program PPSMI ini.

Antaranya, Pakej Buku Teks Mathematics Year 1 merangkumi komponen Buku Teks, Buku Latihan dan Aktiviti, CD-ROM untuk murid (MyCD), CD-ROM untuk guru dan Buku Panduan Guru.

Semua komponen ini diterbitkan dalam dua jilid (Part 1 dan Part 2) bertujuan mengatasi masalah beg berat.

Pada tahun pertama (2003) pelaksanaan PPSMI, pakej buku teks tambahan telah dibekalkan kepada semua sekolah.

Pembekalan pakej buku teks tambahan ini adalah secara one off dan di bawah pengurusan SPBT sekolah. Pakej buku teks tambahan ini boleh dipinjamkan kepada murid untuk rujukan mereka dan juga bagi tujuan guru melaksanakan P & P Matematik di dalam bilik darjah.

BBT turut menguruskan penghasilan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Penghasilan buku glosari ini adalah sebahagian daripada Program Intervensi PPSMI yang dimulakan pada tahun 2005.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk PPSMI

Buku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah secara berpakej. Penulisan pakej buku teks ini adalah berdasarkan keperluan dan hasrat yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sains dan Matematik masing-masing.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik terdiri daripada beberapa komponen bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah.

Fungsi setiap komponen secara umumnya adalah seperti berikut:

i) Buku Teks (Textbook)

Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

ii) Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book)

Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

iii) Buku Panduan Guru (Teacher's Guide)

Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

iv) MyCD (Pupil's CD-ROM)

MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

v) CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM)

CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

vi) Buku Amali Sains (Science Practical Book)

Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari

Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Selanjutnya »

Senarai Pakej Buku Teks Yang Dibekalkan oleh BBT

Senarai judul Pakej Buku Teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah berserta komponennya adalah seperti pada lampiran di bawah :
Sekolah rendah
Sekolah menengah

Read more...

Mati kerana hendak kurus


“Ubah Sikap!” Inilah perkara kritikal yang amat perlu dilakukan khususnya masyarakat pengguna negara ini dalam memulakan langkah memasuki gerbang tahun 2010.

Tanpa perubahan sikap, apa sahaja usaha atau kempen yang dilakukan mahupun oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pasti tidak terkesan.

Wang juga mencurah-curah dihabiskan tetapi ia tidak lebih bak pepatah 'seperti mencurah air ke daun keladi.'

Contoh jelas, Kempen 'Tak Nak' yang cuba menghakis tabiat merokok dan membakar wang dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan sendiri tetapi juga orang di sekeliling mereka.

Justeru, perokok di negara ini perlu berlapang dada dengan keputusan kerajaan menetapkan harga minimum rokok pada 1 Jan lepas iaitu RM6.40 bagi pek 20 batang.

Kementerian Kesihatan berbuat demikian di bawah Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No 20) 2009 yang diwartakan.

Di bawah peraturan itu, kesemua rokok yang dijual di negara ini hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan, pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok.

Begitu juga dengan pengumuman kenaikan harga gula sebanyak 20 sen berkuat kuasa 1 Januari lepas, menjadikan harga gula di Semenanjung sebanyak RM1.65 sekilogram sementara di Sabah dan Sarawak sebanyak RM1.75 sekilogram.

Dua langkah ini sebenarnya mempunyai implikasi jangka panjang yang kesannya lebih memihak kepada kesejahteraan hidup masyarakat pengguna.

Menyedari impak buruk ketagihan tembakau atau merokok, kerajaan melancarkan kempen anti-merokok 'Tak Nak' pada 9 Februari 2004 dan memperuntukkan sekitar RM20 juta setahun untuk kempen berkenaan. Antara maklumat yang lazim diuar-uarkan ialah tentang kandungan rokok itu sendiri. Rokok dilaporkan mengandungi sekitar 4,000 elemen dan sekurang-kurangnya 200 antaranya dikatakan berbahaya untuk kesihatan manusia.

Racun utama di dalam rokok ialah tar, nikotin dan karbon monoksida.

Ketiga-tiga ini, masing-masing memberi impak buruk kepada paru-paru dan peredaran darah!

Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah menguar-uarkan menerusi buletinnya, World Health yang maklumatnya turut terkandung dalam laman web Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa nikotin di dalam tembakau rokok menghasilkan tindak balas kimia dalam badan sama seperti yang dihasilkan oleh heroin dan kokain.

Seperti rokok, gula juga memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia tetapi sesetengah pengguna di Malaysia masih tidak bijak dalam penggunaan bahan pemanis ini.

Setiap kali berlaku krisis kekurangan gula, antaranya kerana sikap rakus segelintir peniaga yang menaikkan harga bahan ini atas alasan kekurangan bekalan, ada pengguna yang sanggup menyerbu kedai dan pasar raya, berebut-rebut membuat pembelian yang berlebihan.

Tindakan itu sebenarnya bukan sahaja menguntungkan peniaga tetapi lambat-laun akan merobek kesejahteraan kesihatan pengguna sendiri terutamanya apabila menjelang usia senja.

Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan 20 sen harga gula baru-baru ini, senario yang sama berlaku di beberapa premis perniagaan.

Orang ramai yang dilihat ghairah berbelanja di pasar raya, mengisi troli dengan berpek-pek gula malah ada akhbar yang menunjukkan rak gula yang mulai kosong. Di setengah tempat pula ada peniaga yang cuba 'menangguk di air keruh' dengan menjual gula pada harga RM1.70 sekilogram.

Penduduk Malaysia dilaporkan mengambil 26 sudu teh gula sehari berbanding dengan saranan supaya hanya mengambil tujuh sudu teh sehari! Ini jauh berbanding dengan purata pengambilan gula dunia iaitu 11 sudu teh sehari.

Bagi mereka yang masih tidak dapat menyisihkan gula daripada kehidupan mereka, ingatlah gula dikaitkan dengan 60 jenis penyakit termasuk kanser, asma, alahan, diabetes (kencing manis), penyakit jantung, batu karang hempedu, masalah sistem imun, penyakit buah pinggang dan kesihatan mental yang lemah.

Fikir-fikirkan juga statistik 2009 yang menunjukkan 17 peratus daripada 27 penduduk Malaysia menderita diabetes. Diabetes boleh menghasilkan komplikasi iaitu buta, penyakit jantung, kegagalan renal (buah pinggang) dan strok (sakit ahmar)!

Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat negara ini mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti.

Justeru, jadilah pengguna jauhari, bijaklah memilih yang terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarga. - Bernama

Sumber : Harian Kosmo

Read more...
ALBUM SK KUALA KURAU (BARU)

MTQ ZON KUALA KURAU

MAJLIS MENANDATANGANI HELAIAN PELAPORAN PPT 2010

About This Blog

MINGGU BAHASA INGGERIS

HARI GURU SKKKB 2010

MOTIVASI KEPIMPINAN

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-53

HARI BUKU SEDUNIA & MINGGU SAINS

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP