Alhamdulillah, Pusat Sumber Ibnu Khaldun SK.Kuala Kurau (Baru) telah berjaya menjadi Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (APSSC) Daerah Kerian 2017. Berkat semangat kerjasama antara semua kakitangan, Pusat Sumber dan kawasan sekolah dapat diceriakan. Sebagai persediaan menghadapi APSSC peringkat Negeri Perak yang akan bermula pertengahan Ogos ini seluruh warga SKKKB sekali lagi turun padang bergotong-royong mengecat dan menceriakan kawasan sekolah. SKKKB Excellent!!!
0 comments:
Post a Comment