NUTP cadang sistem penilaian baru hanya untuk naik gaji
SISA PARAGRAF SELANJUTNYA
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya membabitkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan
sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman.
Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepa
da guru terutamanya untuk naik pangkat selepas lama berkhidmat tanpa perlu memikirkan soal perlu lulus sebarang peperiksaan awam seperti sebelum ini.
"Ada guru yang sudah lama berkhidmat tetapi
masih gagal dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini dan gagal menerima kenaikan pangkat selama bertahun-tahun," katanya di sini, hari ini.
Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa peperiksaan PTK dimansuhkan bermula Jun tahun ini dan akan digantikan dengan penilaian lain yang lebih baik.
Hashim berkata, NUTP sudah diminta oleh kerajaan untuk turut memberikan pandangan dalam menetapkan sistem penilaian baru itu
>SISA PARAGRAF SELANJUTNYA
0 comments:
Post a Comment