Imam Muda Asyraff di SK Kuala Kurau (Baru)




Tanggal 29 Julai 2011 merupakan detik manis bagi semua warga SKKB.Pada tarikh tersebut telah diadakan program Penghayatan Ramadan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.

Apa yang menarik ialah Imam Muda Asyraff, Juara Program Imam Muda musim pertama telah
menjadi penceramah jemputan pada majlis tersebut.Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi.Imam muda Asyraf telah menyampaikan ceramah dengan begitu menarik dan mencuit hati murid-murid serta guru-guru SKKB.



Di akhir sekali guru-guru serta murid-murid SKKB mengambil peluang bergambar kenangan bersama Imam Muda Asyraff.Murid-murid juga mengambil tandatangan dan autograf daripada beliau sebagai tanda kenangan.

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

Read more...

NUR SABRINA TOKOH NILAM SKKB 2011



SISA PARAGRAF SELANJUTNYA
Nur Sabrina bt Zairushallehin telah terpilih sebagai Tokoh nIlam SK Kuala Kurau (Baru) 2011.Beliau dari Kelas 5 Bestari merupakan murid yang cemerlang dalam akademik dan aktif mengambil bahagian dalam pertandingan seperti hafazan, Bercerita, Story Telling, Hiwar dan catur..


Beliau juga telah mendapat tempat ke dua dalam Pertandingan Tokoh Nilam peringkat PKG Kuala Kurau dan akan mewakili PKG ke pertandingan Tokoh Nilam peringkat Daerah Kerian.

SISA PARAGRAF SELANJUTNYA

Read more...

KEJAYAAN PESERTA SKKKB DALAM MTQ ZON K.KURAU


SISA PARAGRAF SELANJUTNYA


Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) Zon Kuala Kurau telah diadakan pada 12 Februari 2011, hari Sabtu yang diadakan di dewan SK Tanjong Piandang.Sebanyak 7 acara diserta oleh peserta dari SK Kuala Kurau Baru seperti bercerita Kisah Nabi, Hafazan, Tilawah AlQuran, Maharatul lughawiyah dan sebagainya.

NUTP cadang sistem penilaian baru hanya untuk naik gaji


SISA PARAGRAF SELANJUTNYA

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya membabitkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan
sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman.
Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepa
da guru terutamanya untuk naik pangkat selepas lama berkhidmat tanpa perlu memikirkan soal perlu lulus sebarang peperiksaan awam seperti sebelum ini.
"Ada guru yang sudah lama berkhidmat tetapi
masih gagal dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini dan gagal menerima kenaikan pangkat selama bertahun-tahun," katanya di sini, hari ini.

Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa peperiksaan PTK dimansuhkan bermula Jun tahun ini dan akan digantikan dengan penilaian lain yang lebih baik.

Hashim berkata, NUTP sudah diminta oleh kerajaan untuk turut memberikan pandangan dalam menetapkan sistem penilaian baru itu
>SISA PARAGRAF SELANJUTNYA

Read more...
ALBUM SK KUALA KURAU (BARU)

MTQ ZON KUALA KURAU

MAJLIS MENANDATANGANI HELAIAN PELAPORAN PPT 2010

About This Blog

MINGGU BAHASA INGGERIS

HARI GURU SKKKB 2010

MOTIVASI KEPIMPINAN

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-53

HARI BUKU SEDUNIA & MINGGU SAINS

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP